Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Daripada membantu kerajaan Syria dan rakyatnya dalam rangka memerangi kumpulan-kumpulan pengganas, sesi Majlis Hak Asasi Manusia PBB cuba untuk 'melitupi para pengganas dengan hijab yang akan melindungi mereka'.
Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah bersidang pada Jumaat (21/10) di Geneva dan meluluskan sebuah resolusi berkenaan situasi di Aleppo. Resolusi itu merupakan sebuah usaha yang dimulakan oleh beberapa negara teluk.
"Malangya resolusi ini bukanlah merupakan (hasil) sebuah perbincangan yang bersifat tidak berat sebelah tentang situasi di Syria dan di Aleppo secara khusus. Resolusi ini merupakan sebuah percubaan meningkatkan perang propaganda ke atas Damsyik dan Moscow," kata Wakil tetap Rusia ke pejabat PBB di Geneva, Alexei Borodavkin.
"Daripada membantu kerajaan Syria dan rakyatnya dalam usaha mereka melawan para pengganas, mereka yang mula-mula mengusulkan perkara ini adalah mereka yang mahu melitupi para pengganas dengan hijab yang akan melindungi mereka daripada kemusnahan sekaligus memberikan mereka peluang untuk berkumpul semula dan meneruskan kezaliman mereka ke atas bumi Syria," kata beliau lagi.
Resolusi itu disokong oleh 24 negara daripada 47 negara yang menganggotainya. Rusia, Cina, Cuba, Bolivia, Venezuela, Aljeria dan Burundi telah menolak resolusi tersebut manakala 16 negara yang lain memilih untuk berkecuali di dalam perkara itu.
Resolusi itu mengkehendaki rejim Syria dan sekutunya supaya menghentikan serangan udara dan pertempuran di Aleppo.
Resolusi itu mengkehendaki rejim Syria dan sekutunya supaya menghentikan serangan udara dan pertempuran di Aleppo.
Majlis Hak Asasi Manusia PBB Keluarkan Resolusi Tentang Aleppo.
23 Oktober 2016 - 06:33
News ID: 787221
Daripada membantu kerajaan Syria dan rakyatnya dalam rangka memerangi kumpulan-kumpulan pengganas, sesi Majlis Hak Asasi Manusia PBB cuba untuk 'melitupi para pengganas dengan hijab yang akan melindungi mereka'.